Sunday, January 24, 2010

2010

selamat petang!!!

alhamdulillah..
dapat lagi jejak dan mengarang kat blog kesayangan ini..
* sayang ke??? ^.^
ini adalah entri pertama untuk tahun 2010..
* dah nak penghujung bulan jan pon..
rasa sangat teruja...
sebabnya macam-macam cerita yang nak dicoretkan...

oklah..
cerita ni kalau boleh diringkaskan, akan diringkaskan..
kalau tak, meleret la jugak kan..

1.Result Exam
result tahun lepas semasa berada di semester 1 sangat memberangsangkan..
tak penah terpikir dapat result yg begitu baik..
jadi rasanya itu adalah pengorbanan yg diri sendiri lakukan..
dan tak lupa juga atas bantuan-bantuan rakan-rakan dan juga pensyarah..
tp semangat tuk kembali belajar tu dah makin menurun..
tak tahula sebab ape..

2.Cuti
sepanjang cuti lepas exam tu..
rasanya banyak menghabiskan masa dengan duduk dan berlepakan di rumah..
sekali sekala keluar jalan-jalan dengan kawan dan juga sepupu..
* kawan-kawanku dan sepupuku adalah yg terbaik.. ^.^
dapat makan-makan dan tengok wayang cite kegemaran..
budak-budak (anak kakak)pon ada kat rumah..
menghabiskan cuti sekolah bersama atok dan opah..

3. Perkahwinan
alhamdulillah..
tahniah kepada Kak Ida dan pasangannya,Azhar dan Kak Dalila dan pasangannya, Nizam
kerna selamat melangsungkan perkahwinan pada 26 Disember 2009..
memandangkan Kak Ida adalah rakan praktikal semasa di Majlis Bandaraya Ipoh
Kak Dalila pula adalah kenalan semasa di Giatmara Ipoh Barat..
kedua-dua majlis berjalan lancar dan sangat meriah..
Paling teruja bila dapat jumpa Kak Dalila..
sebabnya sejak dah mula belajar memang tak ada kesempatan nak berjumpa..
tp seronokla kan..dapat tengok rakan-rakan dah kahwin..

4.Kematian
ibu kepada kawan baikku di politeknik telah kembali ke rahmatullah..
sedih sebab tak dapat bersama-sama dengan dia..
Al-Fatihah..
moga kau kuatkan die..

5.Reunion +Facebook
kalau kat facebook tu..
macam2 benda nak cerita..
dah jadi macam tempat reunion..
huhuhuhu...
seronok la jugak..
sebabnya kalau tengok friend list tu..
kebanyakannya adalah senior dan junior dari Maahad..
best best best...
yerlah kalau nak jumpa pon entah bila kan..

6.Cerita Korea
yang ni memang tak bolah cakap apa la kan..
kalau dulu minat la jugak..
tp sekarang ni dah terlebih..
kalo dapat remote TV pon, jangan haraplah nak tukar channel lain..
semestinya channel KBS World...^.^

7. Semester 2
awal bulan jan dah register sem baru..
ok..kelas dah tak sama macam dulu...
dapat pulak kelas no 3..member pulak takde..
rasa macam tak ada semangat nak masuk kelas..
budak perempuan yg ak kawan pon juz Seha dan Mira..
budak laki pon kire ok la..
dapat sekelas dengan Razi dan Faiz..
yg laen kebanyakannya intake May...bukan kenal pon..
huhuhuhu..

8. Online YM
ok..memang dah lama sangat tak online..mungkin sebab dah bosan kot..
lagipon kat facebook tu pon dah mesra alam..
jadik YM tu tak berusik langsung..
penting bila nak anta mesej yg betul-betul personal...

9. Kemalangan
dalam 2 minggu yang lepas..
dapat mesej dari Kak Dalila mengatakan yang Ijam eksiden di highway..
masa tu ak sendiri dah tidur..
jadik dalam keadaan mamai ak baca jugak mesej tuh..
dah lame dibelek baru aku sedar.."Ye, Ijam eksiden"..
barula nak balas mesej Kak Dalila..
kalau ak ni sebagai kawan pon dah menggelabah..
apatah lagi die..
kalo ada apa perkembangan Kak Dalila akan bagitau ak..
Alhamdulillah..Ijam dah semakin ok..
dah sudah ditukarkan ke wad biasa..
ak tau die sangat kuat dan terima apa yang dah berlaku..
ak baru sekali dapat tengok dan ziarah Ijam..
kelas ak begitu terisi sampai ke petang..
Mirul dan Feroz memang rajin ziarah dan teman kan Kak Dalila..
respect betul dengan diorg..
ak pon baru je maklumkan pada Cikgu Zila memandangkan cikgu dah tukar nombor phone..

10. Dapat Kerja
alhamdulillah..dalam sibuk ak menuntut ilmu..
dapat pula tawaran kerja under goverment...
bersyukur sangat2..ni dapat selepas kali kedua hadiri temuduga..
jadi ak ambil keputusan untuk berhenti belajar..
peluang mungkin datang sekali dalam seumur hidup..
Belajar???itu pon menjadi keutamaan..
mungkin ak buat PJJ ke..Insyaallah...

11. Majlis Perpisahan
Jumaat lepas, mentor ak Puan Maria dan budak-budak kelas sem 1 adakan majlis perpisahan tuk ak..tempatnya di Restoran Sabar Menanti..
dah nama restoran nye macam tu..kami ni pon sabar jugak menanti kedatangan yang laen..yerlah..jumaat tu ramai yg ade kelas lagi..
jadik majlis tu dibuat dalam keadaan yg sederhana..siap ade yg sponsor kek..
thanx banyak-banyak kat korg...lepas tu kitorang banyak sembang-sembang kosong..
ak juga nak ucapkan terima kasih kat korang yg berkongsi beli hadiah tuk ak..
* terharu..ak suka hadiah-hadiah korang..
pe yang penting ak takkan lupakan korang..
lagi satu kalo korg sudi, memang ak nak join kalau korang de wat event..
jangan lupa jemput aku ya!

huh!
banyak jugakla yg ak listkan nih..
ni pon ade yg ingat tak ingat..
heheheheheeh...
so..tuk tahun baru nih..
ak takde azam..
cuma ape yg ak harap sekarang mana2 kelemahan/kekurangan ak pada masa lepas..
ak nk perbaiki..dan ape2 yg ak nak buat ak rase suma kena ambil pertimbangan dari famili..famili didahulukan..itu yg ak pegang sampai bila-bila..

ak jugak berharap sepanjang tahun 2010 nie, orang-orang yg ak sayang berada dalam keadaan yg baek, kesihatan yg baek, rezeki yg melimpah, dapat belajar elok2, kurangkan perbalahan...
ok..ak rasa cukup sampai sini dulu..
malam ni ada makan2 bersama famili makku..
seronok...dah lama tak makan ramai-ramai..

* sori kalo coretanku nmpk mcm formal..
giler kekok nak mengarang..
hahahahahaha


L o V e a C i K c a Y u N k

No comments: