Tuesday, September 29, 2009

Penawar Derita


kelam,
kekotoran hati,
kekeruhan jiwa,
menambah kesakitan,
hasad dengki bernanah,
benci dan marah memanah,
menambah kelukaan.


samar,
hati salah menyangka,
akal hilang fungsi,
bahagia bertukar bencana,
sedih apatah lagi,
jiwa menekan-nekan,
asakan melanda,
dibiarkan tiada reda,
dilawan tiada beza,
semakin menggunung dan berapi,
hampir meletup dan memusnahkan.


pahit,
melukai jiwa lain,
mengoyak keharmonian,
jadi mamahan nafsu dan kejahilan,
punca perasaan tanpa kawalan,
hati tidak terdidik,
jiwa hilang panduan,
fikiran tidak bertemankan iman,
amal bertemankan nafsu,
tujuan tanpa hala.


penawar,
ubati kecelaruan,
mengungkai keserabutan,
membuang duri menyakiti,
mengikis karat-karat hati,
membersihkan jiwa,
iman mengasah akal,
amal menghala tuju,
akhirat menjadi tumpu,
keredaanTuhan matlamat utama.


manis,
tuba bertukar madu,
ujian adalah nikmat,
masalah menjadi penguat,
kesulitan menjadikan gagah,
tekanan hilang,
kebahagiaan datang.

No comments: