Wednesday, August 5, 2009

Ning Baizura feat Jay Jay - Erti Pertemuan


Menerjah batas
Gelora pun berserpihan
Menghempaskan buih
Di lautan
Acapkali tumpas
Masih jua menyusuri
Arus pergolakan
Setianya
Begitulah adat mestinya hidup
Selagi jasad dan hayat berpaut
Rintangan harus bersahut

Benar kata
Jatuh bangun seorang lelaki
Bergantung siapa
Wanita di sisi
Mujur tuah nasib
Diri kita ketemui
Jikalaulah tidak
Mungkin tak ku sedari

Bukankah kita ini dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sana, sini kekuatan

Masing-masing
Punyai bibit kelebihan
Supaya saling memerlukan
Bertemu demi menyulam
Cahaya nurani dan akal fikiran
Naluri serta perasaan
Menyingkap erti tangisan
Bukankah kita in dicipta Tuhan
Sepasang tapi berlainan
Lemah sini, sana kekuatan
Dirimu, diriku
Bagaikan pelita
Yang memercikkan sinar
Menyuluhi malam

No comments: