Wednesday, February 18, 2009

Rahsia Menguatkan Daya Ingatan

Untuk menguatkan daya ingatan, dengan rahmat dan sayang Allah
S.W.T, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat
menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang
boleh meningkatkan fungsi ingatan adalah:-

-buah anggur hitam
-madu lebah
-halia
-buah badam
-susu
-air zam zam
-kismis
-jus karot dan madu
-epal
-kurma
-ikan tuna
-tempe
-soya

Itu hanyalah sebahagian daripada makanan yang boleh
meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu,
oksigen juga amat penting untuk merangsang otak supaya
sentiasa cergas dan cerdas.

Satu teknik mengawal pernafasan yang amat baik diamalkan
adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan
nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu
keletihan.

Keterangan-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil
daripada cara-cara menigkatkan keupayaan ingatan/ otak. Yang
paling penting ialah ingat Allah S.W.T. selalu. Daya ingatan
akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat pun kita lupa
kepada-Nya. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa
juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri
berzikir seperti berikut:-

* Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
* Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari

Insyaallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakin
kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

No comments: