Wednesday, February 11, 2009

Dahulukala, langit dan laut saling jatuh cinta.
Mereka saling menyukai di antara satu sama lain.
Oleh sebab sangat sukanya laut terhadap langit.
Warna laut sama dengan warna langit.
Begitu juga langit sangat suka pada laut.
Warna langit sama dengan warna laut.

Setiap senja datang, si laut dengan lembut sekali.
Membisikkan kata-kata "Aku cinta padamu" ke telinga langit.
Setiap kali langit mendengar bisikan penuh cinta laut.
Langit tidak menjawab apa-apa.
Hanya tersipu-sipu malu.
Wajahnya kemerah-merahan.

Suatu hari, datang awan.
Begitu melihat kecantikan si langit.
Awan seketika itu juga jatuh hati terhadap langit.
Tentu saja langit hanya mencintai laut.
Setiap hari hanya melihat laut sahaja.

Awan sedih namun tidak berputus asa.
mencari cara dan akhirnya mendapat akal.
Awan mengembangkan dirinya sebesar mungkin.
Dan menyusup ke tengah-tengah langit dan laut.
Menghalangi pandangan langit dan laut terhadap satu
sama lain.

Laut berasa marah kerana tidak dapat melihat langit.
Sehingga dengan gelombangnya laut berusaha mengusir
awan yang mengganggu pandangannya.
Tetapi, tentu saja tidak berhasil.
Awan benar-benar terpesona dengan kecantikan langit.
Dan ingin memilikinya walau ia tahu langit hanya mencintai laut saja.

No comments: