Friday, February 20, 2009

Awas!! Wanita Diperhatikan Oleh Lelaki Semasa....

• Mencium kanak-kanak. Perbuatan ini memberi gambaran bahawa wanita ini memiliki sifat keibuan dan kasih sayang mendalam terhadap kanak-kanak. Wanita ini tidak suka penderaan dan penderitaan berlaku kepada kanak-kanak. Wanita ini juga sangat romantis dan hangat terhadap pasangannya.

• Memeluk bantal. Perbuatan ini menggambarkan wanita tersebut suka apabila ada orang yang menghangatkan perasaannya, suka orang menyayanginya dan melindungi dirinya. Manja dan suka merajuk tapi mudah dipujuk sekiranya pandai memujuk.

• Menggoyangkan kaki. Wanita ini bersifat periang, cergas, lincah dan menggemari hiburan. Awas! kerana dia tegas dalam mempertahankan hak.

• Mendepakan tangan. Perlakuan ini ada sedikit berunsur seks, kerana dikatakan wanita ini membuka bahagian dadanya (bukan mendedahkan) yang mempunyai maksud lain iaitu dia bersedia untuk didekati lelaki.

• Menjilat bibir. Adakalanya wanita akan menjilat bibir kerana bibirnya kering dan ingin membasahkannya. Tanggapan lain ialah wanita ini ingin menggoda pasangannya.

• Mengulum ais krim. Kadang kala wanita tidak terperasan semasa mengulum ais krim di hadapan orang ramai kerana lelaki akan mula membuat tanggapan berkaitan aksi seks. Elakkan dari perbuatan seperti ini di khalayak ramai.

• Merokok. Wanita ini menggemari pembaziran selain kekasaran yang dimiliki dan tidak suka dikongkong.

No comments: