Saturday, January 10, 2009

belajarlah dari masa lalu

Dalam hidup ini tiada seorang pun dari kita yang serba sempurna. Kita sering membuat kesilapan dan kita juga akan belajar daripada kesilapan tersebut. Mereka yang mahu belajar daripada kesalahan atau kesilapan lalu adalah orang yang bijak.

Adalah sesuatu yang amat menyedihkan apabila melihat atau berhadapan dengan orang yang berkeras mereka benar meskipun ternyata mereka salah.

Apa yang telah kita lalui , apa yang berada dibelakang kita dan apa yang ada di hadapan kita adalah satu perkara kecil berbanding dengan apa yang ada dalam diri kita sendiri. Kita tidak berupaya untuk mengubah masa lalu dan jika kita berasa khuatir tentang masa depan, ini akan menghancurkan diri kita sendiri.

Oleh itu jangan sekali2 mengisi hati dengan penyesalan masa lalu dan kebimbangan menghadapi masa-masa yang akan datang. Anda tidak akan berupaya untuk mengukir masa depan yang cerah dan anda tidak mungkin dapat mengusir masa lalu yang mencengkam jiwa jika anda berterusan begitu. Dengan itu juga anda tidak akan tahu mensyukuri apa yang anda miliki hari ini. Percayalah...

No comments: