Wednesday, January 7, 2009

anak muda menanggung rindu

Anak muda menanggung rindu,
Lumrah hidup memang begitu,
Resah gelisah ingin bertemu,
Merindu-rindu selalu.

Memang begitu adat anak muda,
Hatinya resah bila mabuk cinta,
Gelisah, selalu bila di depan mata,
Rindu merindu bagai nak gila,

Bila hatinya sudah dilamun cinta,
Ingin berjumpa bercumbu mesra,
Bila berdua tahu-tahu saja,
Kiri di bahu, kanan meraba-raba.

Tak sedar, hari sudah senja,
Asyik berdua konon nak bermanja,
Dah tak kira dosa atau pahala,
Orang lain dia peduli apa.

Sedarlah dikau hai nak muda,
Hidupmu masih penuh pancaroba,
Bukan sekadar untuk bersuka-suka,
Entah esok entah lusa, maut sentiasa mengintai kita.

No comments: