Sunday, December 28, 2008

Ungu Karmila


Ungu Karmila
Pengarang : Ramlee Awang Murshid
Penerbit : Alaf 21 Sdn Bhd
ISBN : 978-983-1243-49-7
Harga : RM 19.90

Sinopsis

Atas nama cinta.. mahligai impian itu dibina. Villa Sepi menjadi mahar kasih Arif terhadap isterinyta Karmila. Namun tragedi dahsyat memusnahkan kegembiraan yang dikecapi

Beberapa tahun berlalu... vila yang ditinggalkan dikatakan berhantu. Jikon, seorang pemuda Orang Asli bagai digamit memasuki visa itu. Akhirnya,dia menjadi korban pertama.

Setelah itu, mistik di vila itu tiba-tiba sepi. Masyarakat Orang Asli percaya'sesuatu' yang berada di situ sedang 'tidur'. Tiada siapa berani mengusik. Jika ia 'terbangun' maka pembunuhan pasti terjadi lagi.

Ema,seorang wanita masyarakat Orang Asli yang berpendidikan, secara diam-diam berusaha meneroka vila yang menjadi lambang cinta Arif dan Karmila itu. Secara tidak sengaja, dia telah 'membangunkan sesuatu'di dalam vila berkenaan.

Arafat, abang Arif telah menugaskan beberapa orang yang dipercayai untuk membongkar misteri pembunuhan itu. Namun, satu kuasa jahat telah memburu mereka sehingga mengancam nyawa.Tragedi silam berulang kembali!

RAMLEE AWANG MURSHID, sekali lagi meneroka alam mis¬tik di sebalik saspens UNGU KARMILA. Mereka yang jahat sahaja dapat mengalami rahsia di sebalik kisah berdarah di Vila Sepi... hingga tidak sanggup lagi untuk berbuat dosa!

No comments: