Saturday, December 13, 2008

Sejenak Terfikir

  • Sekurang-kurangnya ada 5 orang dalam dunia ini menyayangi anda dan sanggup mati kerana anda.
  • Sekurang-kurangnya ada 15 orang dalam dunia ini menyayangi anda dalam beberapa cara.
  • Sebab utama seseorang membenci anda adalah kerana dia ingin menjadi seperti anda.
  • Senyuman daripada anda boleh membawa kebahagiaan kepada seseorang, walaupun dia tidak menyukai anda.
  • Setiap malam ada seseorang mengingati anda sebelum dia tidur.
  • Anda amat bermakna dalam hidup seseorang.
  • Kalau bukan kerana anda, seseorang itu tidak akan hidup bahagia.
  • Anda seorang yang istimewa dan unik.
  • Seseorang yang anda tidak ketahui menyayangi anda.
  • Apabila anda membuat kesilapan yang sangat besar, ada hikmah disebaliknya.
  • Sekiranya anda merasakan anda dipinggirkan, fikirlah semula; mungkin anda yang meminggirkan mereka.
  • Apabila anda terfikir anda tidak mempunyai peluang untuk mendapatkan sesuatu yang anda ingini, mungkin anda tidak akan memperolehinya,tetapi sekiranya anda percaya pada diri sendiri lambat-laun anda akan memperolehinya.
  • Kenangilah segala pujian yang anda terima. Lupakan segala maki hamun, caci & cela.
  • Jangan takut untuk meluahkan perasaan anda; anda akan merasa senang bila seseorang mengetahuinya.
  • Sekiranya anda mempunyai sahabat baik, ambillah masa untuk memberitahunya yang dia adalah yang terbaik.
  • Hanya seminit diperlukan untuk mendapat sahabat baik, sejam untuk menghargainya, sehari untuk menyayanginya, tapi sepanjang hidup untuk melupakannya.

No comments: