Sunday, December 14, 2008

Kehadiran

Pada kehadiran itu,
Tersilapkah aku mentafsir,
Lalu menerima sepenuh hati,
Mengutip mimpi,
Mencorak angan,
Menganyam harap.

Pada kehadiran itu,
Tersilapkah aku meletak hati,
Hingga lupa bercermin diri,
Asyik pada keindahan pelangi,
Yang entah dimana penghujungnya,
Entah selama mana kekalnya.

Pada kehadiran itu,
Tersilapkah aku,
Menyemai cinta,
Menambat sayang,
Melayan rindu.

Pada kehadiran itu,
Tersilapkah aku.......

No comments: