Sunday, December 14, 2008

Nafsu Yang Tersungkur

Wahai nafsu yang tersungkur
Dihamparan takhta pujuk rayu
Bangunlah memperkasakan diri
Untuk berlindung dibalik tirai takwa
Merenung diri disinggah sana keimanan..

Jangan sesekali bebayang diri masa silam
Menghantui tiap langkah mendatang
Teruslah bermusafir mencari diri
Jangan berpaling sedikitpun
Pada keresahan syaitan
Jangan menoleh pada lambaian Iblis menangis
kerana itu hanya igauan mu..

Tiap kegusaran jawabnya ada di situ
Pada hati yang perlu kau siram
Dengan renjis airmata kekesalan
Dan kemudikan dengan iman dan takwa
Moga wadi kasih ada menanti
Yang tetap utuh disitu, dari NYA...

No comments: