Friday, December 12, 2008

Kita Lupa Kita Pinjam

Dah selalu kita pijak tanah ini,
Selalu jugak kita selami lautan itu,
Setiap detik kita bernafas dengan angin-angin ini,
Sepanjang hayat kita hidup dengan itu dan ini..

Sambil kita jenterakan semua yang ada pada diri kita,
Mata kita lihatkan dengan berbagai warna,
Tak kira cerah tak kira silau,
Sehingga rosak penglihatan..

Telinga kita dengarkan dengan jutaan suara
Tak kira merdunya tak kira bingitnya,
Sehingga rosak pekak telinga,
Hidung kita ciumkan aneka bauan,
Tak kira wanginya busuknya,
Mulut kita lahapkan dengan makanan dan minuman,
Tak kira halalnya haramnya,
Sehingga boroi dibuncitnya dosa..

Tangan kita temukan dengan segala benda,
Yang kita rasa dapat puaskan kehendak kita,
Sehingga tapaknya menjadi terlalu kasar,
Untuk menyentuh halus kedut di pipi ibu tua..

Kaki juga tak kurang hebatnya,
Tak henti jalan tak henti lari,
Merewang ke segenap ruang,
Berjoget dan berpesta,
Bila tiba waktu sembahyang,
Terasa lenguh pula..

Semua telah kita rasakan,
Semua telah kita gunakan,
Semua telah kita baharukan,
Tanpa sedar banyak telah kita rosakkan,
Dengan kita-kita sekali pun turut sama rosak..

Kita lupa...
Semuanya kita pinjam
DariNya pemilik seluruh alam.....

*Sesebuah perhubungan itu akan berkekalan kerana kejujuran.
Kejujuran itu pula akan berkekalan kerana adanya keikhlasan..*

No comments: