Wednesday, December 31, 2008

Kasih Sayang

Kasih ibu sepanjang hayat,
Kasih ayah dibawa mati,
Hargailah ibumu,
Selagi mereka masih bernafas di alam fana ini,
Sesungguhnya amatlah kerugian,
Bagi mereka yang tidak tahu pengertian,
mengenang jasa ibunya.

Apatah lagi mereka amat bernasib baik,
Masih lagi dapat merasa belaian,
Kasih sayang, masakan air tangan ibu,
Sedangkan anak-anak yatim itu,
Tidaklah beribu apatah lagi berbapa,
Menitip kasih dari memori lalu,
Atau harapan merasai memori sebegitu.

Beruntung kan mereka yang ada lagi ibu dan bapa,
Fizikal dan rohaniah mereka masih wujud,
Masih lagi bertapak di bumi ini,
Sedangkan yang tidak bernasib sebegitu baik ini,
Hanya bermimpi pada kenangan,
Memanglah teramat benarnya,
Hargailah ibumu,

Tetapi janganlah pula kamu lupakan ayahmu,
Kedua-duanya merupakan insan yang penting dalam hidupmu,
Paling berjasa dari awal nafasmu hingga akhirnya,
Jangan pertikaikan siapa mereka dan bagaimana mereka,
Sebanyak mana harta mereka ada,
Yang paling afdhal adalah menerima seadanya,
Dan kasihlah sepenuhnya.

Orang selalu berkata,
Kita akan cuma tahu menghargai,
Bila suatu hari nanti kita kehilangannya,
Maka itu adalah penyesalan yang tidak bermakna,
Kenanglah siapa dirimu tanpa ibu bapamu,
kenanglah di mana tempatmu tanpa ibu bapamu,
Andai kamu masih punya ibu dan bapa,
Hargailah sebaiknya,
kerana penghargaan kepada ibu bapa,
Adalah semolek-molek hadiah dari anak untuk mereka...

No comments: