Sunday, December 14, 2008

Hanya Kerana Kata-Kata

Kerana fitnah dan hasutan,
Aku terdampar di lembah sepi,
Terkapar sendiri meladeni hati,
Tak bisa berbicara,
Kata-kata hanya sepi tanpa suara,
Aku pasrah pada keadaan,
Kasih ku tidak lagi dapat kau rasakan,
Setiap tingkahku kau pandang penuh sangsi,
Jadilah aku seorang perindu,
Pada kemesraan yang berlalu..

Hari hari yang ku lalui,
Tiada bererti,
Hanya menuruti putaran masa,
Siang berganti malam,
Arus mengalir ke muara,
Dan ombak berkejar ke pantai,
Tidak bisa aku menongkah nya,
Segala yang aku dapati,
Membuat aku semakin lemah,
Menentang arus sendiri..

Jika di sini di takdirkan,
Perjalanan ini kan terhenti,
Biarlah aku mengenangmu,
Sebagai orang yang aku sayangi,
Tiada sekelumit jua perasaan benci,
Marahku kerana aku terlalu menyayangi dirimu,
Itu pun tak bisa kau mengerti,
Sekeping hati,
Yang tidak punya apa apa,
Hanya secebis kasih..

Jika itu pun kau kembalikan padaku,
Bisa apa lagi aku,
Benci lah aku kerana diriku,
Bukan kerana apa yang di fitnahkan padaku...

No comments: