Tuesday, December 30, 2008

Di Kala Hati Merindu

Pujuklah hati,
Sesungguhnya yang layak menerima rinduku,
Dan sebaik-baik pengubat rindu,
Hanyalah padamu Tuhan,
Aku yakin dengan merinduiMu,
Kau pasti menerima rinduku,
Sedangkan jika aku rindukan manusia,
Belum tentu dia rindukan aku..

Di kala hati TERLUKA DAN KECEWA,
Kehilangan sesuatu yang disayangi,
Pujuklah hati,
Tuhan, hanya Engkau yang layak aku cintai,
Walaupun aku cintakan manusia,
Manusia akan pergi,
Kalau aku cintakan dunia,
Dunia pasti rosak, malah rosakkan aku..
Tapi sekiranya aku mencintaiMu,
Pasti selangkahku rapat padaMu,
Seribu langkah Engkau rapat padaku.

Di kala hati merasa SEDIH DAN PILU,
Berpisah dengan yang disayangi,
Ubatilah hati, ajaklah hati berkata,
Aku hanya berpisah dengan manusia,
Bukankah Tuhan masih ada,
Untuk aku gantungkan hatiku,
Sesungguhnya hanya padaMu sahaja tempat aku mengadu.
Tuhan, terimalah hati hamba-hambaMu ini.

Di kala hati MERINTIH,
Kerana menerima ujian dan dugaan,
Didiklah hati,
Tuhan, memang aku layak menerima kesusahan dariMu,
Kerana hati ini banyak berdosa padaMu,
Juga sering mengulangi kesilapan dulu,
Aku pasti ya Allah!
Ujian dan kesusahan ini,
mengundang hikmah dan iktibar buatku,
Tanda kasih sayang Mu.

Tuhan,
Aku tak pasti bagaimana penerimaanMu,
Di kala mendengar rintihan hatiku ini,
Bukan tidak redha dengan ujian dan kesusahan ini,
Namun sekadar ingin mengadu padaMu,
Aku yakin Kau tak mungkiri,
Pada wahyu yang Kau nuzulkan,
Kau berjanji akan menerima pengaduan hambaMu.

Ya Allah,
Kurniakanlah aku cinta Mu,
Dan cinta orang yang cinta padaMu,
Dan cinta orang yang cintakan kekasihMu,
Yang hampir kepadaMu,
Dan jadikanlah cinta itu,
Yang boleh aku dambakan.

No comments: