Monday, December 29, 2008

Sahabat

Aku menyintai sahabatku dengan segenap jiwaku,
Sahabat yang baik adalah,
Seiring denganku dan menjaga nama baikku,
Ketika aku hidup atau selepas mati,
Ku hulurkan tangan kepada sahabatku,
Untuk berkenalan kerana aku merasa senang,
Semakin ramai sahabat semakin aku percaya diri,
Aku selalu berharap mendapat sejati yang,
Tidak luntur baiknya dalam suka dan duka,
Jika aku dapat aku akan setia padanya..

Jika malam datang nampaknya matahari hilang,
Kita semua tahu jika hal itu,
Bukan bererti matahari berhenti bersinar,
Matahari tetap bersinar meskipun,
Bumi tidak pernah diam menghadapinya,
Jika ada antara kita yang mampu,
Untuk tetap mengasihi orang yang sering membelakangi kita,
Serta tetap mampu mengasihi orang lain walau tidak dibalas,
Maka dia memiliki cinta seperti matahari,
Cinta yang tidak mengharapkan balasan,
Seperti cinta Tuhan..

Sahabat hadir untuk berkongsi tawa,
Menyapu tiap juraian air matamu ketika kau tengah bersedih,
Sahabat juga yang bisa mendengar hatimu tika kau menangis dan,
Pergi tika kau bergembira bersama teman lain,
Kerana tali persahabatan itu lebih kukuh dari hubungan cinta yang tak pasti,
Jika cintamu pergi carilah sahabat sebagai peneman kesedihan cintamu,
Sahabat itu akan sentiasa buat kau tersenyum dan gembira,
percayalah..teman..

No comments: