Saturday, November 22, 2008

Pernahkah

Pernahkah kau merasakan
Bahawa kau mencintai seseorang
Meski kau tahu ia tak sendiri lagi dan
Meski kau tahu cinta kau mungkin tak berbalas
Tapi kau tetap mencintainya?

Pernahkah kau merasakan
Bahawa kau sanggup melakukan apa saja
Demi seseorang yang kau cintai
Meski kau tahu ia takkan pernah peduli
Ataupun ia peduli dan mengerti
Tapi ia tetap pergi

Pernahkah kau merasakan hebatnya cinta
Tersenyum kala terluka
Menangis kala bahagia
Bersedih kala bersama
Tertawa kala berpisah

Aku pernah tersenyum meski aku terluka
Kerana aku yakin Tuhan tak menjadikan dia untukku

Aku pernah menangis kala bahagia
Kerana aku takut kebahagiaan cinta ini akan sirna begitu saja

Aku pernah bersedih kala bersamanya
Kerana aku takut aku akan kehilangan dia suatu saat nanti
dan
Aku juga pernah tertawa saat berpisah dengannya
Kerana sekali lagi, cinta tak harus memiliki
Dan Tuhan pasti telah menyiapkan cinta yang lain untukku

Aku tetap mencintainya
Meski ia tak dapat kurengkuh dalam pelukanku
Kerana memang cinta ada dalam jiwa
Dan bukan ada dalam raga......

No comments: