Saturday, November 22, 2008

Biarlah Api

Kalau kita bermain api
Biarlah rentung sesama
Jangan awak keluar sendiri-sendiri
Dan saya menjadi debu

Kalau kita bermain air
Biarlah basah bersama
Jangan awak hanya bermain di tepian
Dan saya lemas di tengah lautan

Kalau kita bermain api
Biarlah panasnya sama di rasa
Jangan awak kedinginan
Sedangkan saya berpeluh kehangatan

Kalau kita bermain air
Biarlah lemas bersama
Jangan biarkan saya berenang sendirian
Dan awak berkayuh di sampan idaman

Kalau awak api
Biarlah saya air
Kalau saya api
Biarlah awak air

Kerana untuk meneruskan kelangsungan hidup
Kita perlu dingin dan hangat
Itulah sebenarnya
Hidup yang nikmat

No comments: