Saturday, October 11, 2008

Madu


Madu
adalah sejenis manisan yang dihasilkan oleh tumbuhan biasanya melalui bunga. Ia bertujuan bagi menarik haiwan pendebunga (kelawar, kupu-kupu, rama-rama, lebah dan lalat) untuk melakukan pendebungaan.

Lebah yang mengumpul madu bunga menghasilkan beberapa jenis madu, antaranya adalah madu putih, keemasan dan hitam.

Antara khasiat MADU lebah adalah :-

1. Membekalkan tenaga
2. Mengandungi protein, mineral, vitamin dan nutrien lain
3. Mengandungi agen antioksidan, yang boleh mengurangkan aktiviti radikal bebas yang memusnahkan sel
4. Boleh meredakan sakit kepala - migrain , membantu penggunaan kalsium dan menghalang osteoporosis
5. Menyembuhkan penyakit konjunctivitis, jangkitan telinga, hidung tersumbat dan sakit tekak
6. Melancarkan sistem pencernaan, baik untuk kecantikan dan menjadikan kulit lebih licin dan halus (awet muda).
7. Meningkatkan keupayaan tenaga batin.
8. Meningkatkan daya ketahanan badan/tenaga dan dapat mencegah tanda selsema.
Baik bagi wanita ketika mengandung (enam bulan ke atas) dan selepas bersalin (20 hari)

Bahan Mineral dan Vitamin dalam madu lebah

Bahan mineral dan vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH amat diperlukan oleh tubuh badan manusia. Berikut adalah antara vitamin yang terdapat dalam MADU LEBAH :-

VITAMIN A
Menggalakkan pertumbuhan tulang, pertahanan terhadap penyakit, memperbaiki struktur kulit serta mengelakkan rabun.

VITAMIN B
Membantu pertumbuhan dan perkembangan bayi, selera makan, pencernaan, menjaga tisu mata, dan membantu proses metabolisma

VITAMIN C
Membantu mempercepatkan penyembuhan luka, menjaga sistem kekebalan tubuh, menyerap zat besi, membentuk tulang dan gigi.

VITAMIN D
Pertumbuhan normal, meningkatkan paras sitrat (garam asid sitrik) dalam darah dan menggalakkan penyerapan kalsium dalam usus, menjaga kesihatan tulang dan gigi.

VITAMIN E
Sangat penting untuk mempertahankan fungsi saraf dan otot, melindungi struktur membran daripada rosak, mengekalkan pertumbuhan normal, mengelakkan metabolisma, mengekalkan struktur paru-paru, hati, dan membran sel darah merah. Sebagai antioksida, vitamin ini bermanfaat sebagai mencegah penyakit jantung dan melambatkan penuaan.

VITAMIN K
Baik untuk mereka yang baru menjalani pembedahan. Vitamin ini membantu membentuk struktur tubuh baru dan menyembuhkan jahitan.

Terdapat lebih daripada 172 vitamin dalam MADU LEBAH dan masih lagi dikaji vitamin dan bahan yang lain belum dikenali.

Pengambilan MADU LEBAH secara berterusan banyak memberi manfaat kepada kesihatan serta mampu menghindari dari pelbagai jenis penyakit seperti :-

1. Kencing manis
2. Barah/Kanser
3. Mata kelabu
4. Letih/Lesu/Tenat
5. Tenaga batin/Seks

6. Lendir/Kahak
7. Penyeri muka
8. Awet muda
9. Pendarahan otak
10.Gastrik

11.Gagap
12.Bersalin - senang
13.Batuk
14.Penyakit Kulit
15.Sakit Telinga

16.Lemah jantung
17.Jerawat
18.Pening
19.Pekak
20.Lumpuh

21.Uban (Berpenyakit)
22.Susah tidur
23.Sakit sendi
24.Sembelit
25.Selsema

26.Sakit puan
27.Resdung
28.Darah tinggi
29.Sakit kepala
30.Angin

31.Luka
32.Keputihan
33.Bintik-bintik hitam
34.Rambut gugur
35.Sakit pinggang

36.Terbakar
37.Haid
38.Buasir
39.Batuk kering
40.Lupa

41.Keracunan Makanan
42.Asma/Lelah
43.Kurang darah
44.Alahan/Allergic
45.Kanak-kanak (Sihat)

Dan lain-lain...

Madu lebah menurut kitab

Khasiat MADU LEBAH juga turut tertulis dalam kitab-kitab suci seperti berikut;

AL QUR’AN

Dalam Surat An Nahl
Ayat 68.

"Dan Tuhanmu mewahyukan kepada lebah "Buatlah sarang-sarang di bukit-bukit, di pohon-pohon kayu dan di tempat yang dibikin manusia."


Ayat 69.

"Kemudian makanlah dari tiap-tiap (macam) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (MADU) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang-orang yang memikirkannya.

Dari Abu hurairah r.a Rasulullah saw bersabda :

"Barangsiapa yang menjilat MADU 3 kali dalam sebulan dia tidak akan diserangi penyakit yang serius."

Dari Abdullah bin Mas’ud r.a Rasulullah saw bersabda:

"Gunakanlah dua penawar ini, iaitu MADU dan Al-Qur’an."

No comments: