Sunday, September 21, 2008

Sukar Bangun Tidur


Anda menghadapi masalah sukar bangun tidur?

Jika ya, telitikan maklumat dibawah.
Semoga panduan yang diberi dapat membantu anda mengatasi masalah ini.

1) Tidur antara 6-8 jam sehari. Sekiranya anda rasa segar setelah tidur selama 8 jam, maka anda boleh merancang pukul berapa anda harus masuk tidur.

2) Jika jumlah tidur anda sudah mencukupi tetapi masih sukar bangun tidur, lihat keadaan anda iaitu adakah terlalu letih, dalam tekanan atau sedang mengamalkan diet? Ketiga-tiga perkara tersebut boleh membuatkan tidur anda menjadi tidak menentu dan menyukarkan anda untuk bangun dari tidur.

3) Jika keadaan anda normal, masa tidur anda cukup, tetapi masih sukar untuk bangun dari tidur, ada kemungkinan rasa malas menguasai diri. Sekiranya anda ingin menghilangkan rasa malas itu, cubalah lakukan perkara-perkara berikut :
  • Gunakan jam yang mempunyai bunyi yang nyaring dan tempatkannya agak jauh dengan anda.
4) Masih lagi mengantuk? Lebih elok jika anda membuka muzik yang rancak agar anda berasa segar untuk menghadapi hari tersebut.

5) Jika mata anda masih lagi terasa berat, segera basahkan wajah anda dengan air yang anda telah sediakan sejak malam berhampiran tempat tidur anda.

6) Minum segelas susu manis atau jus buah-buahan yang boleh membuatkan anda terasa segar.

7) Selepas itu, mula gerakkan tubuh anda, misalnya melakukan senaman ringan yang diiringi oleh muzik.

8) Langkah terakhir yang boleh anda lakukan adalah meminta bantuan ibu ataupun kakak supaya membuka tingkap bilik anda setiap pagi agar udara sejuk setiap pagi masuk ke dalam bilik anda ataupun membuat sarapan yang enak sehingga anda bersemangat untuk bangun pagi.

Selamat mencuba.......

No comments: