Tuesday, September 23, 2008

Realiti Kehidupan


Hidup ini memberi sejuta kenangan
Sejambak kemanisan segenggam keperitan
Dan beribu pengalaman

Setiap apa yang berlaku akan menjadi teladan
Peristiwa yang berlalu tetap kekal dalam ingatan

Hidup ini ceria berwarna-warni umpama kecerahan sinar pelangi
Disinari cahaya mentari tetapi ia tidak selamanya

Walau hidup berabad lama kematian di sana tetap menanti
Setiap yang hidup pasti akan mati

Tika itu diri diselubungi rasa keinsafan
Kiri dan kanan sedu-sedan tangisan
Menunggu masa untuk mengiringi sebuah perpisahan

No comments: