Monday, February 28, 2011

Sepintas Lalu ~

Salam uolss...
Lama dah tak conteng-conteng.. hehehehehe...

Tahun baru 2011..
Azam baru, semangat baru, gaya baru..
Semua nak baru kan..
Tapi bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang..

Semua orang mahukan yang terbaik untuk diri tiap-tiap tahun.
Jadi, kalo nak jadi yang terbaik,
hasilnya pon mestilah yang terbaik .: tip top :.

Alhamdulillah, permulaan tahun yang sangat baik..
timbunan kerja tak kira masa dan waktu.
kena pergi kursus pulak.
tp kalo buat dengan penuh ikhlas hati,
mesti semuanya berjalan dengan baiknya. =P

Ok, sangatlah susah nak update blog..
Memandangkan ak nih dok luar bandar, mmg susah nak dapat coverage..
kalo tengok ak online kat fesbuk, tu pon just pakai nset..so limited..

Nak citer dari mane yer??
hurmmm.. awal-awal tahun ni memang sibuk skit..
kadang-kadang kerja kat opis pon ak bawak balik umh..huhuhu..
dapat lak surat kena hadiri kursus induksi umum kat Sabah..yuhuuuu..
sambil menyelam minum air..
1st time jejak kaki ke Sabah..
* Sarawak pon tak habis pusing2 lagi ;)

kenangan yg mmg tak dpt dilupakan time kursus kat sane..
yerlah..dulu masa dpt posting bukan kenal ngn semua budak FT nih..
bile da dpt kumpul nih rase best skit..dpt kenal lg dekat..
masing2 punya perangai pon dah leh paham..ekekekekeke..

time kursus tu, famili ak, pakcik, makcik ak dtg sarawak..
huhuhuhu..sedih ok tak dapat jumpa..
tp mak dah siap packing makanan faveret ak
.: rendang tok, kuah kacang, acar buah :.
dapatlah lepas rindu walaupon x jumpa..

igt lepas induksi, melekat la kat umh..
hampeh..dok berjalan je tiap2 hujung minggu..
hehehehehehehe..
dapat kenalan baru..
kawan-kawan kak hanum..
sabtu lepas siap pg picnic lg..
tp picnic di dalam hujan..hehehehehe

nih beberapa pic time kursus yang nak share ngan uolss..
layan je la erk..


Kampus Intan Sabah --depan


depan kaunter


@ yayasan Sabah -- jalan-jalan


peace!! ;P


depan masjid


@ Park Hotel -- menginap 1 hr sebelum ke INTAN


outing ~~


outing ~


kayak!!! ~


time ujian kecergasan --


retro night -- fantastic!!


dalam dewan --


sesi pengucapan awam -- ketaq2.. ;P


wit my frenzz -- miss uolss


kumpulan G -- dok tgh2 tue la penghulu ;)


sweet!! -- gunung kinabalu


@ sg moroli, ranau -- wat terapi kaki.. ;)


@ pantai tanjung aru --


shopping sebelum pulang :P


tgg flight ->Sarawak...




**** alhamdulillah, sudah 1 tahun berkhidmat sbg penjawat awam..
mg dipermudahkan segala urusan.. amin..


L o V e a C i K c a Y u N k

Thursday, December 2, 2010

Disember 2010

Salam
Selamat petang..

Selamat datang Disember 2010....
haishhh...maaflah..
bukan aku nak mungkir janji..
tp kalau Internet pon tak dapat, ak sendiri pon tak boleh nak buat ape..

nak upload gambar pon susah..
sabar jerlah..heheeheheheh..
nantilah aku wat rentetan pasal apa yg dah berlaku dalam 2010 nih..

aku masih lagi di pejabat..
pagi tadi dah setelkan keje..
petang boleh rilek skit..

tengah hari singgah pos office..
pos barang tuk kawan aku, Siti Rahayu yang bakal melangsungkan
perkahwinan pada 4 Disember nih..
maaflah tak dapat nak pegi..

Hujung minggu nih macam biasa, keluar jalan-jalan..
kali ini teman orang jer...
minggu lepas ak dan ros shopping sakan...
masih jugak sempat tengok wayang cite Ngangkung..hehehehe...
dan minggu lepas rezeki mencurah2...ade free lunch @ pengilan @ kenduri..
jadi tak payah susah2 nak masak..
tinggal berdua je pon..;p

tak percaya esok dah hari Jumaat..cepatnye masa berlalu...
tp nak tunggu lagi 49 hari lagi rase lambat pulak..
huhuhuhuhuhu...
ape2 pon happy weekend uollsss..



L o V e a C i K c a Y u N k

Wednesday, October 27, 2010

Bismillah



Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

Ya Allah…
Seandainya telah Engkau catatkan…
Dia milikku tercipta buatku…
Satukanlah hatinya dengan hatiku…
Titipkanlah kebahagiaan antara kami…
Agar kemesraan itu abadi…

Ya Allah…
Ya Tuhanku yang Maha Mengasihani…
Seringkanlah kami melayari hidup ini…
Ketepian yang sejahtera dan abadi…
Maka jodohkanlah kami…

Tetapi Ya Allah…
Seandainya telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku…
Bawalah dia jauh daripada pandanganku…
Luputkanlah dia dari ingatanku…
Dan periharalah aku dari kekecewaan…

Ya Allah ya Tuhanku yang Maha Mengerti…
Berikanlah aku kekuatan…
Menolak bayangannya jauh ke dada langit…
Hilang bersama senja yang merah…
Agarku sentiasa tenang…
Walaupun tanpa bersama dengannya…

Ya Allah yang tercinta…
Pasrahkanlah aku dengan takdir-Mu…

Sesungguhnya apa yang telah Engkau takdirkan
Adalah yang terbaik untukku…
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui…
Segala yang terbaik buat hamba-Mu ini…

Ya Allah…
Cukuplah Engkau sahaja yang menjadi pemeliharaku…
Di dunia dan akhirat…
Dengarkanlah rintihan daripada hamba-Mu yang daif ini…
Jangan Engkau biarkan aku sendirian…
Di dunia ini mahupun di akhirat…
Menjuruskan aku ke arah kamaksiatan dan kemungkaran…
Maka kurniakanlah aku seorang pasangan yang beriman…
Agar aku dan dia sama-sama dapat membina kesejahteraan hidup…
Ke jalan yang Engkau redhai…
Dan kurniakanlah kepadaku keturunan yang soleh dan solehah…

Ya Allah…
Berikanlah kami kebahagiaan di dunia dan akhirat…
Dan periharalah kami dari azab api Neraka…

Amin…amin…Ya rabbal ‘aalamin.



L o V e a C i K c a Y u N k